rancangan pengajaran

Nama:
Chin Khee Chia
Lim Yin Wey
Ooi Lee Pheng

Rancangan Pengajaran (Seminggu)


Kelas: Harmoni
Tarikh: 11-15 Mei 2009
Masa: 1 minggu
Bilangan pelajar: 24 orang
Umur : 6 tahun
Subjek: Sains
Tema: Binatang
sub tema: Binatang Liar
tajuk : Zoo
Hasil Pembelajaran (Kurikulum):
Komponen Perkembangan Fizikal
1.2 Menguasai kemahiran – koordinasi mata tangan
1 2.2 Mengawal pergerakan mata-tangan dengan betul

Hasil Pembelajaran (Objektif Umum):
Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat:-
i. Menghafal alphabet A hingga Z.
ii. Mengenali nama binatang liar dari A hingga Z.

Pengetahuan Sedia
ada kanak-kanak : i. Kanak-kanak tahu menggunakan
tetikus.
Nilai-nilai : kerjasama, kreativiti, sabar, teliti,
cintai kepada alam sekitar
Bahan : komputer, stoking lama, kertas warna,
gunting, gam, gambar binatang liar
Komponen : Perkembangan Fizikal,
perkembangan kreativiti
dan estetika, Rujukan :1. Pusat Perkembangan Kurikulum
(2003). Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah 1 (Menggunakan blog)
1.1 Guru memaparkan satu video yang mengandungi
seperti haiwan liar.
1.2 Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
1.3 Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini akan belajar tentang haiwan liar di Zoo.

Langkah 2 (Menggunakan Blog)

Belajar haiwan liar A-Z

2.1 Guru minta kanak-kanak menyanyi lagu ABC.
Selepas itu, guru meminta kanak-kanak klik pada
video klip di blog dan menyanyi lagu ABC bersama-sama.
2.2 Guru mengunakan power point untuk memperkenalkan
ABC’s animal. Setiap haiwan yang diperkenalkan adalah
mengikut alphabet A sampai Z.(dalam bahasa Inggeris)
yang terdapat dalam Zoo.
2.3 Guru minta kanak-kanak klik pada gambar Zoo dan
membuat ulangkaji bersama-sama mengikut laman web yang disediakan.

Langkah 3 (Tanpa menggunakan Blog)

Bermain bersama haiwan liar

3.1 Guru memberikan stoking lama kepada setiap kanak-
kanak.
3.2 Guru memberi tunjuk ajar cara membuat puppet dengan
menggunakan stoking lama.
3.3 Guru melekatkan gambar binatang liar yang bersaiz besar
di atas lantai.
3.4. Guru menyebut nama binatang liar dan kanak-kanak melompat pada gambar yang betul.
3.5 Guru memerhati sama ada kanak-kanak mengenali binatang tersebut.
3.6 Guru menyanyi lagu binatang liar bersama kanak-kanak.


Langkah 4 (Menggunakan Blog)

Online Games and Coloring

4.1 Guru minta kanak-kanak bermain permainan secara online dan mewarnakan binatang liar secara online.

Langkah 5

Soal Jawab (Menggunakan Blog)

5.1 Guru minta kanak-kanak membaut ulangkaji dengan
menjawab soalan pilihan beraneka dalam blog.
5.2 Guru memberi arahan kepada kanak-kanak.
· Daftar masuk ke dalam blog guru.
· Pergi ke bahagian “Soal Jawab”.
· Jawab soalan-soalan yang tertera pada blog tersebut.
· Cuba lagi menjawab sekiranya soalan yang dijawab salah.

Langkah 6 (Menggunakkan Blog)

Pergerakan kreatif

6.1 Guru minta kanak-kanak membuat pergerakan kreatif mengikut gambar yang ditunjukkan.
6.2 Guru memainkan muzik dan meminta kanak-kanak
menyanyi lagu ABC lagi.


Tuesday, January 13, 2009

my future preschool...or kindergarden

Saya hendak kongsi impian saya di sini..iaitu mendirikan prasekolah yang dimiliki sendiri...Di blog ini, saya ingin memberitahu rahsia saya...Rahsia saya ialah bagaimana saya hendak mendirikan prasekolah saya pada masa depan..

Prasekolah saya adalah banglo yang mempunyai sebuah taman yang luas...Infrastruktur adalah mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak...Infrastruktur termasuk komputer yang mencukupi untuk kanak-kanak, perabot yang sesuai untuk kanak-kanak, taman permainan yang luas, kolam kanak-kanak dan lain-lain lagi..



Dalam prasekolah, saya akan menyediakan sudut-sudut berdasarkan kecerdasan pelbagai Howard Gardner..8 sudut utama akan disediakan di tempat masing-masing..setiap sudut diletakkan bahan-bahan pembelajaran dan alat bantu mengajar yang bersesuaian..Contohnya, di sudut visual-spatial, saya akan menyediakan alat bantu mengajar seperti crayon, peta, peta minda, kertas lukis, alat menulis dan sebagainya...Di sudut-sudut ini, kanak-kanak dapat meningkatkan kecerdasan mereka. Selain itu, guru juga dapat memahami kecerdasan setiap kanak-kanak.


Bagaimana saya melaksanakan Teori Kecerdasan pelbagai dalam P&P prasekolah saya? Terlebih dahulu, guru akan mencuba beberapa aktiviti tertentu dalam kecerdasan yang belum pernah dicuba dalam P&P. Contohnya, dalam kecerdasan kinestetik, saya akan memilih aktiviti yang merangkumi lakonan dan permainan. Selepas mencuba beberapa aktiviti yang dicadangkan, saya sekarang lebih bersedia dan berkeyakinan menjana idea baru dan membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi Teori Kecerdasan Pelbagai. Saya akan merancang aktiviti yang hendak saya laksanakan. Persekitaran juga penting untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Keadaan fizikal bilik darjah boleh diubah suai untuk menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Stesen kecerdasan, perhiasan bilik darjah, lawatan luar dan sumber bilik darjah perlu diambil kira. Proses menjalankan P&P berasaskan TPK juga penting. Selain itu, penilaian perlu dibuat secara bermakna dan berkonteks.


Kebanyakkan strategi yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak di prasekolah saya ialah Belajar Melalui Bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Strategi pembelajaran bertema diintegrasikan bersama strategi belajar melalui bermain. Strategi pembelajaran bertema penting kerana kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas.



Daripada aspek guru, saya akan memilih guru-guru yang berlayakan ataupun telah menerima latihan dan menghadiri kursus-kursus prasekolah. Ini kerana guru memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak. Guru boleh dikatakan ibu bapa kedua kepada kanak-kanak. Dalam prasekolah, guru memainkan peranan sebagai pemerhati, fasilitator, pembimbing, perancang, penyelia atau penilai dalam situasi yang berlainan.

Dari aspek pengurusan kelas, guru perlu memastikan kelas berjalan dengan baik supaya kanak-kanak beroleh kejayaan. Pengurusan kelas termasuk membentuk pengurusan dan peraturan kelas, berkomunikasi dengan membina, menggunakan pengukuhan positif dan mendisiplinkan kanak-kanak. Pengurusan kelas boleh dikatakan sesuatu yang sukar dijalankan tetapi sangat penting kepada pendidikan prasekolah.



Makanan dalam prasekolah saya perlulah sedap dan memenuhi diet yang diperlukan. Kanak-kanak dapat makan makanan yang berkhasiat. Hal ini kerana kesihatan adalah penting bagi setiap orang terutama kanak-kanak yang masih bertumbuh.


Secara ringkasnya, inilah prasekolah yang saya akan tubuhkan satu hari nanti. Saya harap impian saya akan menjadi benar. Doakan saya.


0 comments:

Post a Comment