rancangan pengajaran

Nama:
Chin Khee Chia
Lim Yin Wey
Ooi Lee Pheng

Rancangan Pengajaran (Seminggu)


Kelas: Harmoni
Tarikh: 11-15 Mei 2009
Masa: 1 minggu
Bilangan pelajar: 24 orang
Umur : 6 tahun
Subjek: Sains
Tema: Binatang
sub tema: Binatang Liar
tajuk : Zoo
Hasil Pembelajaran (Kurikulum):
Komponen Perkembangan Fizikal
1.2 Menguasai kemahiran – koordinasi mata tangan
1 2.2 Mengawal pergerakan mata-tangan dengan betul

Hasil Pembelajaran (Objektif Umum):
Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat:-
i. Menghafal alphabet A hingga Z.
ii. Mengenali nama binatang liar dari A hingga Z.

Pengetahuan Sedia
ada kanak-kanak : i. Kanak-kanak tahu menggunakan
tetikus.
Nilai-nilai : kerjasama, kreativiti, sabar, teliti,
cintai kepada alam sekitar
Bahan : komputer, stoking lama, kertas warna,
gunting, gam, gambar binatang liar
Komponen : Perkembangan Fizikal,
perkembangan kreativiti
dan estetika, Rujukan :1. Pusat Perkembangan Kurikulum
(2003). Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah 1 (Menggunakan blog)
1.1 Guru memaparkan satu video yang mengandungi
seperti haiwan liar.
1.2 Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
1.3 Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini akan belajar tentang haiwan liar di Zoo.

Langkah 2 (Menggunakan Blog)

Belajar haiwan liar A-Z

2.1 Guru minta kanak-kanak menyanyi lagu ABC.
Selepas itu, guru meminta kanak-kanak klik pada
video klip di blog dan menyanyi lagu ABC bersama-sama.
2.2 Guru mengunakan power point untuk memperkenalkan
ABC’s animal. Setiap haiwan yang diperkenalkan adalah
mengikut alphabet A sampai Z.(dalam bahasa Inggeris)
yang terdapat dalam Zoo.
2.3 Guru minta kanak-kanak klik pada gambar Zoo dan
membuat ulangkaji bersama-sama mengikut laman web yang disediakan.

Langkah 3 (Tanpa menggunakan Blog)

Bermain bersama haiwan liar

3.1 Guru memberikan stoking lama kepada setiap kanak-
kanak.
3.2 Guru memberi tunjuk ajar cara membuat puppet dengan
menggunakan stoking lama.
3.3 Guru melekatkan gambar binatang liar yang bersaiz besar
di atas lantai.
3.4. Guru menyebut nama binatang liar dan kanak-kanak melompat pada gambar yang betul.
3.5 Guru memerhati sama ada kanak-kanak mengenali binatang tersebut.
3.6 Guru menyanyi lagu binatang liar bersama kanak-kanak.


Langkah 4 (Menggunakan Blog)

Online Games and Coloring

4.1 Guru minta kanak-kanak bermain permainan secara online dan mewarnakan binatang liar secara online.

Langkah 5

Soal Jawab (Menggunakan Blog)

5.1 Guru minta kanak-kanak membaut ulangkaji dengan
menjawab soalan pilihan beraneka dalam blog.
5.2 Guru memberi arahan kepada kanak-kanak.
· Daftar masuk ke dalam blog guru.
· Pergi ke bahagian “Soal Jawab”.
· Jawab soalan-soalan yang tertera pada blog tersebut.
· Cuba lagi menjawab sekiranya soalan yang dijawab salah.

Langkah 6 (Menggunakkan Blog)

Pergerakan kreatif

6.1 Guru minta kanak-kanak membuat pergerakan kreatif mengikut gambar yang ditunjukkan.
6.2 Guru memainkan muzik dan meminta kanak-kanak
menyanyi lagu ABC lagi.


Thursday, January 22, 2009

learn A -Z

Please Click Me

Monday, January 19, 2009

Zino yang bijak

Adik-adik, mari kita cerita bersama-sama...














Sekeluarga penyu tinggal di Laut Bahagia. Keluarga penyu hidup gembira di sana. Zino dan Mimi ada seekor anak penyu. Anak penyu itu bernama Beibei. Setiap hari mereka akan bermain dengan penyu lain.


















Pada suatu hari, Zino membawa Mimi dan Beibei ke pantai. Pantai itu sangat sunyi. Rupa-rupanya, dalam Laut Bahagia ada ikan yu. Ikan yu itu sangat besar, namanya Hatta. Hatta sangat jahat. Giginya sangat tajam.







Hatta suka mengganggu keamanan Laut Bahagia. Hatta suka makan penyu.
“Erm, sedapnya daging penyu ini,” kata Hatta. Semua penyu takut kepada Hatta. Zino sangat bimbang. “Saya takut Beibei dimakan oleh Hatta,” fikir Zino.




Pada suatu hari, Hatta berasa lapar. Hatta keluar mencari makanan. Hatta terlihat Beibei. Beibei sedang bermain bola. Hatta menangkap Beibei.
Beibei pun menjerit, “Tolong! Tolong!” Zino terdengar jeritan Beibei. Zino menyelamatkan Beibei. Hatta sangat marah.






Zino menasihati Beibei, “jangan Beibei bermain seorang diri.”
“Baiklah, ayah,” jawab Beibei. Pada keesokan hari, Beibei pergi membeli barang. Beibei terlihat Hatta. Beibei terus melarikan diri. Beibei berenang dengan laju.





Beibei menceritakan kejadian tadi kepada ayahnya. “Bagus! Beibei tidak menghampiri Hatta,” kata Zino. Zino sangat bimbang. Zino hendak menghalau Hatta. Tiba-tiba, Zino teringat lubang hantu. Lubang hantu itu menelan ikan jahat. Semua ikan tidak berani mendekatinya.
















Zino mendapat akal. Ia mengajak Hatta berlumba renang. Mereka berlumba di kawasan lubang hantu. Hatta berkata, “Saya mesti menang.” Perlumbaan bermula. Hatta berenang dengan laju. Zino berenang dengan lambat. “Zino lambat! Zino kalah!” jerit Hatta. Tetapi Zino tidak mempedulikannya.















Hatta semakin menghampiri lubang hantu. Lubang hantu menjadi semakin besar. Hatta mahu menang. Hatta tidak mempedulikan lubang hantu. Tiba-tiba, Hatta hilang. Hatta ditelan oleh lubang hantu.















Zino sangat gembira. Zino berjaya menghalau Hatta. “Terima kasih, lubang hantu,” kata Zino. “Sama-sama, Zino," jawab lubang hantu. Zino balik ke rumah dengan gembira. “Padan muka Hatta yang jahat dan sombong itu,” fikir Zino.

















Zino sangat bijak. Zino juga berani menghalau Hatta. Semua kawan Zino sangat gembira. Mereka kagum dengan Zino. “Terima kasih, Zino,” kata kawan Zino.
Akhirnya, mereka hidup aman di Laut Bahagia.


what color the flower is?

Hey Kids, what color the flower is?

Free Clipartbunga merah

Free Clipart bunga kuning

Free Clipart bunga ungu

Free Clipart bunga merah jambu

Free Clipart bunga biru

Tuesday, January 13, 2009

my future preschool...or kindergarden

Saya hendak kongsi impian saya di sini..iaitu mendirikan prasekolah yang dimiliki sendiri...Di blog ini, saya ingin memberitahu rahsia saya...Rahsia saya ialah bagaimana saya hendak mendirikan prasekolah saya pada masa depan..

Prasekolah saya adalah banglo yang mempunyai sebuah taman yang luas...Infrastruktur adalah mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak...Infrastruktur termasuk komputer yang mencukupi untuk kanak-kanak, perabot yang sesuai untuk kanak-kanak, taman permainan yang luas, kolam kanak-kanak dan lain-lain lagi..



Dalam prasekolah, saya akan menyediakan sudut-sudut berdasarkan kecerdasan pelbagai Howard Gardner..8 sudut utama akan disediakan di tempat masing-masing..setiap sudut diletakkan bahan-bahan pembelajaran dan alat bantu mengajar yang bersesuaian..Contohnya, di sudut visual-spatial, saya akan menyediakan alat bantu mengajar seperti crayon, peta, peta minda, kertas lukis, alat menulis dan sebagainya...Di sudut-sudut ini, kanak-kanak dapat meningkatkan kecerdasan mereka. Selain itu, guru juga dapat memahami kecerdasan setiap kanak-kanak.


Bagaimana saya melaksanakan Teori Kecerdasan pelbagai dalam P&P prasekolah saya? Terlebih dahulu, guru akan mencuba beberapa aktiviti tertentu dalam kecerdasan yang belum pernah dicuba dalam P&P. Contohnya, dalam kecerdasan kinestetik, saya akan memilih aktiviti yang merangkumi lakonan dan permainan. Selepas mencuba beberapa aktiviti yang dicadangkan, saya sekarang lebih bersedia dan berkeyakinan menjana idea baru dan membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi Teori Kecerdasan Pelbagai. Saya akan merancang aktiviti yang hendak saya laksanakan. Persekitaran juga penting untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Keadaan fizikal bilik darjah boleh diubah suai untuk menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Stesen kecerdasan, perhiasan bilik darjah, lawatan luar dan sumber bilik darjah perlu diambil kira. Proses menjalankan P&P berasaskan TPK juga penting. Selain itu, penilaian perlu dibuat secara bermakna dan berkonteks.


Kebanyakkan strategi yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak di prasekolah saya ialah Belajar Melalui Bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Strategi pembelajaran bertema diintegrasikan bersama strategi belajar melalui bermain. Strategi pembelajaran bertema penting kerana kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas.



Daripada aspek guru, saya akan memilih guru-guru yang berlayakan ataupun telah menerima latihan dan menghadiri kursus-kursus prasekolah. Ini kerana guru memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak. Guru boleh dikatakan ibu bapa kedua kepada kanak-kanak. Dalam prasekolah, guru memainkan peranan sebagai pemerhati, fasilitator, pembimbing, perancang, penyelia atau penilai dalam situasi yang berlainan.

Dari aspek pengurusan kelas, guru perlu memastikan kelas berjalan dengan baik supaya kanak-kanak beroleh kejayaan. Pengurusan kelas termasuk membentuk pengurusan dan peraturan kelas, berkomunikasi dengan membina, menggunakan pengukuhan positif dan mendisiplinkan kanak-kanak. Pengurusan kelas boleh dikatakan sesuatu yang sukar dijalankan tetapi sangat penting kepada pendidikan prasekolah.



Makanan dalam prasekolah saya perlulah sedap dan memenuhi diet yang diperlukan. Kanak-kanak dapat makan makanan yang berkhasiat. Hal ini kerana kesihatan adalah penting bagi setiap orang terutama kanak-kanak yang masih bertumbuh.


Secara ringkasnya, inilah prasekolah yang saya akan tubuhkan satu hari nanti. Saya harap impian saya akan menjadi benar. Doakan saya.


Thursday, January 8, 2009

About me...feeling...

I am Lim Yin Wey...just call me Lim...yin wey also can , but i think u all ll not remember my full name at last...b'cos is too tough to memorise, isn't it? hehe....so, juz call me Lim...but actually i prefer people call me yin wey...is more close to me...

When u shout "Lim, Lim, Lim"...everyone who have the surname of Lim ll turn to u and ask u "ya, wat happen?" hahaa....b'cos Lim is too common...

K...return to point...just wanna to tell u tat i m happy to be one of the members of preschool course...eventhough there was only 3 chinese (hampir pupus), but i still happy can have lot of malay friends in the class...

Actually last time i feel ashame when people ask me what course i take..when i said i m taking preschool course, they ll reply me "har?! preschool also need to study?" with a "Question mark" face...But, now, i can say aloud that i m studying preschool b'cos i can see my future in this course...

I hope that in the future i ll achieve my dream, that is be the owner of the preschool...